Wednesday, November 30, 2011

Hari ini, suasana kelas 4M dalam pelajaran Science memang dalam keadaan yang riuh-rendah. Ini tidak pernah berlaku dalam pengajaran kelas saya kerana saya adalah seorang guru yang tegas. Saya menekankan kawalan kelas dan disiplin semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar berasa seronok semasa menjalankan sesi pengajaran yang kedua iaitu melalui kaedah audio visual dan kaedah reka bentuk model. Mereka berasa seronok semasa belajar dengan menggunakan teaching coursewere kerana mereka berpeluang melihat bagaimana haiwan tersebut melindungi diri dalam keadaan yang sebenar melalui video yang dirakamkan. Banyak soalan ditanyakan sehingga kawalan masa saya terganggu dan menyebabkan saya tidak mencukupi masa dalam menghasilkan model haiwan. Melalui kaedah audio visual ini, minda domian kognitif murid dapat dikembangkan. Murid selalu diberitahu di mana habitat gajah, rhinoceros, polar bear, seals dan lain-lain haiwan yang telah ditunjukkan. Tetapi mereka tidak pernah melihat dan merasai keadaan sebenarnya. Melalui video yang ditayangkan, pelajar akan lebih memahami keadaan apa yang disebutkan sebagai cuaca yang terlampau panas atau cuaca yang terlampau sejuk. Murid juga berpeluang melihat sifat-sifat perlakuan haiwan tersebut melindungi diri daripada iklim yang terlampau melalui video. Ini akan mendalamkan pengetahuan mereka dalam minda mereka. Selain itu, murid bukan sahaja dapat dikembangkan dari segi domain kognitif sahaja, mereka juga dapat mengembangkan domain afektif dan psikomotor melalui aktiviti mereka bentuk haiwan. Murid berasa seronok dengan menggunakan bahan terbuang untuk mereka bentuk haiwan kerana ini adalah salah satu aktiviti psikomotor yang sukai. Saya berasa hairan dengan kreativiti murid. Mereka boleh menggunakan plastik botol air yang terbuang menghasilkan ular, menggunakan cawan kertas dan kapas menghasilkan haiwan yang diimaginasikan. Akan tetapi, mereka kurang memahami kehendak saya iaitu merekakan model jenis haiwan yang dapat melindungi diri daripada kedua-dua iklim yang melampau. Haiwan yang direkakan tiada ciri-ciri fizikal yang khas dapat melindungi haiwan tersebut daripada kedua-dua iklim yang melampau. Ini adalah kerana murid masih lagi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam aktiviti rekaan bentuk haiwan ini. Mereka hanya merekakan haiwan yang mereka pernah lihat dengan menggunakan barangan terbuang. Selain itu, saya juga berasa tertekan semasa fasa ini kerana kesuntukkan masa. Saya hanya bersempat memberi masa 10 minit untuk merekakan haiwan itu sahaja kerana mereka telah mengambil masa yang agak panjang dalam melihat video sambil bertanya. Saya telah menukarkan rancangan saya kepada meminta murid menyiapkan model haiwan ini di rumah dan hantar pada dua hari kemudian semasa waktu Sains dalam Bahasa Cina. Oleh itu, kesilapan murid saya tidak dapat dibetulkan dengan segera. Dengan ini saya telah meminta murid membetulkannya semula dan dijadikan sebagai salah satu projek Penilain Kerja Amali Sains (PEKA). Dengan pembetulan mereka, hasil kerja mereka menjadi lebih menarik dan telah memenuhi kehendak soalan saya. Di samping itu, saya dapati murid kerang keyakinan semasa membentangkan idea mereka di hadapan kelas. Mereka tidak dapat membentangkan dengan baik sehingga terpaksa saya membimbing nereka dalam Bahasa Cina. Masalah utama ialah mereka kurang fasih dalam Bahasa Inggeris. Murid dapat menguasai kandungan pelajaran kerana mereka telah mempelajarinya dalam Sains Bahasa Cina. Sebenarnya, dalam pengajaran Science in English, kebanyakan kami hanya mengajar kata kunci dalam Bahasa Inggeris sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menstrukturkan ayat dalam Bahasa Inggeris yang sempurna. Untuk menandatangai masalah ini, saya akan meminta murid merujuk buku teks mereka untuk mencari ayat yang berkaitan dan menghafalkannya untuk pembentangan. Saya juga akan mengajak murid yang baik dalam Bahasa Inggeris membimbing murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga boleh membimbing murid menghasilkan peta minda yang berfokus pelabelan ciri-ciri fizikal haiwan yang direka dalam kad manila untuk membantu mereka semasa semasa pembentangan. Dengan cara ini, murid yang dari kumpulan yang lain juga dapat merujukan kreativiti mereka apabila guru memaperkan hasil kerja mereka di sudut Sains. Selain itu, guru juga dapat menyimpankan hasil kerja murid ini sebagai rujukan masa hadapan. Saya sangat berharap saya dapat membimbing murid saya memepelajari Sciences dalam suasana yang seronok dan mudah. Ini akan membantu mereka untuk mencungkil minat mereka dalam mata pelajaran Science. Inilah hasil reka model haiwan yang telah murid hasilkan.

Rancangan Mengajar Sains Tahun 4 (Animals and Plants Protect Themself 1)

Releksi Mengajar
Kekuatan : Suasana pembelajaran yang diwujudkan seronok dan konduksi kerana murid-murid tertarik hati dan ingin mencuba mencari serangga yang tersembunyi dalam taman tersebut. Aktivit kumpulan yang diwujudkan dapat memberi peluang murid untuk mengadakan perbincangan dan mencari cara menyelesaikan masalah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam proses ini, bukan sahaja perkembangan intelek murid dijalankan di mana perkembangan murid dari aspek afektif juga tercapai.
 
Kelemahan : Semasa dalam perbentangan, murid terasa tertekan dan tidak dapat membentangkan hasil perbincangan mereka dengan baik. Hal ini demikian kerana murid jarang diberi peluang untuk bertutur dan memberi pendapat sendiri di hadapan orang ramai. Ini adalah satu kelemahan yang besar di kalangan murid sekolah saya.

 Penambahbaikan: Saya akan cuba memberi bimbingan kepada murid semasa mereka membuat pembentangan dari aspek cara pertuturan, cara ketrampilan diri dan juga bagaimana meluahkan pendapat sendiri dengan menghormati pendapat orang lain. Ini adalah aspek yang penting dalam pembangunan sahsiah.