Tuesday, December 13, 2011

MIcro teaching ( Kemahiran Mencungkil Idea)


Inilah mikropengajaran yang telah saya jalankan pada tahun ini. Pada sesi mikropengajaran ini, saya memberi fokus kepada kemahiran mencungkil idea murid. Tetapi pada pendapat saya, saya kurang puas hati pada pengajaran saya.



Refleksi pengajaran Mikro (Mencungkil idea)
Sekolah saya yang terletak di luar bandar hanya mempunyai satu kelas dalam satu tahun. Ini bermakna sekolah saya hanya mempunyai 1 kelas tahun 4 sahaja iaitu tahun 4M. Murid tahun 4M ini terdari daripada murid yang berkebolehan yang berbeza iaitu murid yang cemerlang, murid yang sederhana dan murid yang lemah dalam pencapaian akedemik.
Kemahiran yang ingin saya fokuskan pada sesi mikropengajaran ini ialah kemahiran mencungkil idea. Kemahiran mencungkil idea merupakan salah satu kemahiran yang digunakan untuk permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting. Kemahiran ini merupakan langkah yang pertama murid ke arah memurni, menstruktur semula dan atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada murid. Melalui mencungkil idea, guru dapat mengetahui pengetahuan yang sedia ada pada murid mengenai topik atau tajuk pengajaran dan pembelajaran tersebut. Guru boleh mengajar pengajarannya berdasarkan pengetahuan yang sedia ada pada murid sama ada pengetahuan sedia ada itu salah atau betul kerana pengetahuan murid akan distruktur atau dibina semula melalui proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Kekuatan pengajaran:
Selepas memerhatikan rakaman video yang ditolong oleh rakan sejawat saya, saya dapati pengawalan disiplin dalam kelas saya agak memuaskan. Murid-murid telah memberi bekerjasama dan komitmen yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawap soalan saya demi menolong saya melengkapkan peta minda yang telah dilukiskan di atas papan putih tersebut. Tambahan lagi, murid-murid akan mendengar jawapan yang diberikan oleh rakannya dengan teliti dan tidak membuat bising atau menggangukan orang lain. Berdasarkan keadaan ini, saya percaya penerapan nilai hormat-menghormati antara murid telah berjaya disemaikan dalam hati murid. Tambahan lagi taburan saya meminta murid menjawap soalan adalah sekata. Saya melibatkan murid yang berkeupayaan yang berlainan untuk menjawapkan soalan saya. Daripada jawapan yang diberikan, saya dapati pengetahuan sedia ada murid pada kelas ini adalah luas kerana mereka tahu membezakan keperluan asas haiwan dan tumbuhan adalah berlainan.
Kelemahan pengajaran :
Terdapat beberapa kelemahan yang saya harus ambil perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Kelemahan yang pertama ialan kemahiran penggunaan papan tulis. Walupun papan tulis yang disediakan besar, tetapi tulisan saya kelihatan kecil dari belakang. Murid yang duduk di hujung kelas akan sukar membaca tulisan saya dengan jelas.
Kelemahan yang kedua ialah pengguasan Bahasa Inggeris saya agak lemah. Sebenarnya saya jarang menggunakan Bahasa Inggeris sama ada dalam pengajaran atau komunikasi antara orang lain. Saya kurang yakin apabila saya bertutur dengan Bahasa Inggeris. Saya akan beras risau apabila saya diminta mengajar Science dalam Bahasa Inggeris kerana pengguasaan Bahasa Inggeris saya. Akan tetapi, terdapat 3 murid bangsa india di dalam kelas 4M ini dan pengguasaan Bahasa Cina mereka agak lemah, kadang-kadang saya terpaksa menterjemahkan kosa kata Sains Bahasa Cina tersebut kepada Bahasa Inggeris supaya mereka lebih mudah untuk memahaminya.
Kelemahan yang ketiga ialah penglibatan murid. Murid yang dilibatkan dalam sesi mikropengajaran adalah terhad kerana soalan yang dikemukakan adalah terhad. Murid hanya dilibatkan dalam memjawap soalan yang dikemukakan sahaja.
Penambahbaikan:
Jika saya berpeluang mengajar sekali pelajaran ini , beberapa langkah penambahbaikan saya akan lakukan. Pertama, untuk melibatkan semua murid dalam mencungkil idea, saya akan memulakan dengan mempaparkan bebarapa keping gambar tumbuh-tumbuhan iaitu tumbuhan yang subur, tumbuhan yang layu dan tumbuhan yang kurang subur. Kemudian, saya akan meminta murid untuk membuat perbandingan antara 3 keping gambar yang dipaparkan dalam kumpulan dan meminta mereka memberi penjelasan mengenai keadaan pada tumbuhan tersebut. Seterusnya, saya akan meminta murid membuat inferens apa yang terjadi pada tumbuhan yang kurang subur dan tumbuhan yang layu tersebut. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid, saya akan meminta lagi murid memberi cadangan bagaimana menjaga tumbuhan yang kurang subur tersebut supaya ia hidup dengan subur dalam kumpulan masing-masing. Cadangan yang dibincangkan akan dicatatkan dalam papan hitam kecil yang disediakan lalu diudarakan oleh wakil kumpulan masing-masing. Seterusnya saya akan mengaitkan tajuk pembelajaran pada cadangan yang diberikan.
Melalui penambahbaikan ini, saya yakin penglibatan murid bukan sahaja setakat hanya menjawab soalan yang dikemukan oleh guru sahaja. Murid juga diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada pada mereka sendiri dan meluahkan pemikiran mereka melalui aktiviti perbincangan kumpulan dan pembentangan hasil kumpulan. Tambahan lagi, murid juga diberi peluang untuk mencatatkan hasil perbincangan mereka dengan kreativiti sendiri dan juga diberi peluang berkomunikasi antara ahli kumpulan dan juga rakan sekelas. Melalui ini, interaksi di dalam kelas bukan sahaja anatara guru dan murid, tetapi ditambahkan lagi dengan murid dengan ahli kumpulan dan juga murid dengan rakan sekelas. Ini dapat memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan lagi potensi mereka dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Penambahbaikan yang kedua ialah penambahbaikan penguasaan Bahasa Inggeris saya. Saya akan membuat skrip pengajaran saya dalam Bahasa Inggeris semasa saya merancangkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Kemudian skrip yang dituliskan, saya akan meminta rakan sejawat yang mahir dalam Bahasa Inggeris untuk mengubahsuaikan dan penambahbaikan. Melalui kaedah ini, ia bukan sahaja memberi peluang saya membuat imaginasi pada sesi pengjaran tersebut, ia juga memberi keyakinan saya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Penambahbaikan yang ketiga ialah saya akan lebih kerap meronda ke belakang kelas. Perondaan ini bukan sahaja memastikan murid yang berduduk di hujung kelas akan memberi perhatian semasa sesi pengajaran, tetapi ia juga memberi peluang untuk saya melihat kemahiran penggunaan papan tulis saya sesuai atau tidak. Saya akan membesarkan tulisan saya supaya murid yang duduk di hujung kelas jelas dilihat dan dibaca. Ini akan menolong mereka lebih mudah untuk membuat catatan dan lebih mudah memahami kandungan pengajaran saya.

No comments:

Post a Comment