Menghayati Kurikulum Sains

Menghayati Kurikulum Sains
Bahan Powerpoint ini saya dapat dari Kursus Pendedahan Kurikulum KSSR Dunia Sains dan Teknologi di SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya. Saya rasa guru Sains seharusnya mengetahuan pengetahuan ini, jadi saya hanya berniat untuk mengkongsikan bahan ini sahaja. Ia bukan hak cipta saya. Sekolah saya terletak di sekolah luar bandar, jumlah murid di sekolah saya lebih kurang 190orang. Oleh itu, setiap tahun hanya satu kelas di sekolah saya iaitu hanya 6 kelas. Pada tahun ini, panitia Sains di sekolah saya hanya 2 orang guru sahaja, iaitu Puan Chai dan saya. Puan Chai merupakan Guru Penolongan Kanan 1 di sekolah saya. Beliau telah mempunyai lebih kurang 10 tahun pengalaman mengajar Sains. Beliau selalu mengkongsikan pengalaman pengajaran dengan saya. Saya sangat bersyukur kerana dapat bantuan daripada beliau. Pada Tahun ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar Sains Tahun 3, Sains Tahun 4, Sains Tahun 6 dan Bahasa Cina Tahun 6. Pengalaman dalam pengajaran Sains saya tidak banyak, hanya 3 tahun sahaja. Melalui pengalaman saya, pembelajaran Sains dijalankan dengan lebih berkesan melalui pendekatan inkuiri-penemuan dan kaedah eksperimen. Kebanyakkan murid dapat berjumpa fakta atau konsep Sains melalui aktiviti yang dijalankan secara tidak sedar dan murid akan mengingatinya dalam tempoh yang panjang. Saya suka mengajar Sains di sekolah saya. Saya berharap sebagai Ketua Panitia Sains di sekolah saya dapat meningkatkan pretasi Sains murid di sekolah saya. Inilah amanah yang harus saya pikul sebagai guru sains di sekolah saya.

No comments:

Post a Comment