Penyerapan Air


Kelas : Tahun 3M
Mata Pelajaran : Sains
Tarikh : 9/8/2011
Bilangan Murid : 31 orang
Masa : 0730-0830
Theme (Tema) : Investigating The Non-Living Things
Learning Area (Tajuk):  4.0 Absorption     
Learning Objectives (Objektif) :
4.2 That some materials can absorb more water than others.
Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran): Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat:
4.2.1       Design a fair test to test ability to different materials in absorbing water by deciding what to keep the same, what to change and what to measure. 
4.2.2       Carry out the test and the observations.
4.2.3       Form a conclusion based on the observations.
4.2.4       Explain how they arrive at the conclusion.

Alat Bantu Mengajar: Besin eksperimen, air, suratkhabar, kad manila, tisu, plastik beg, pembaris kayu

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui bahan-bahan mempunyai tahap penyerapan air yang berlainan.

Set Induksi: 
1.      Guru menunjukkan bahan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen (suratkhabar, kad manila, tisu, beg plastik ) di hadapan murid satu demi satu.
2.      Murid diminta menjawab sama ada bahan yang ditunjukkan boleh menyerap air atau tidak.
3.      Guru mengemukakan persoalan : Bahan apakah yang paling cepat menyerap air dan bahan apakah yang paling lambat menyerap air?
4.      Guru mengaitkan jawapan murid dengan hasil pembelajaran pada hari ini.

Langkah 1:
1.       Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan bagaimana untuk menguji kadar penyerapan setiap bahan yang ditunjukkan tadi. Murid dibenarkan mencari rujukan daripada buku.
2.      Selepas 5 minit, salah satu wakil kumpulan diminta menjelaskan langkah-langkah eksperimen serta pembolehubah yang dibincangkan tadi.
3.      Selepas penjelasan wakil kumpulan, guru meminta wakil kumpulan lain yang mempunyai langkah eksperimen yang berlainan daripada kumpulan sebelumnya menjelaskan langkah eksperimen mereka.
4.      Guru membimbing semua murid untuk memilih salah satu langkah eksperimen yang paling sesuai digunakan serta mengulangi langkah-langkah eksperimen tersebut secara lisan.

Langkah 2:
1.      Wakil kumpulan diminta membahagikan tugasan dalam kumpulan masing-masing.
2.      Murid-murid diminta mengeluarkan bahan yang dibawa untuk menjalankan eksperimen dan ketua kumpulan diminta mengambil alatan yang diperlukan daripada guru.
3.      Ketua kumpulan membimbing ahli kumpulan menjalankan eksperimen tersebut.
i.        100ml air warna merah dituangkan ke dalam besin eksperimen.
ii.      Suratkahbar direndamkan ke dalam besin eksperimen tersebut.
iii.    15 saat kemudian, suratkhabar dikeluarkan dan bahagian yang menyerap air diukur engan pembaris kayu.
iv.    Rekod pemerhatian dicatatkan dalam jadual yang disediakan.
v.      Ulangi langkah i hingga langkah iv dengan tisu, beg palstik, ka manila.
vi.    Berdasarkan rekod yang dicatatkan, bandingkan bahan apa yang palingcepat menyerap air dan bahan apa yang paling lambat menyerap air.
vii.  Bincangkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dalam eksperimen ini.





Langkah 3:
1.     Selepas 20 minit eksperimen dijalankan, setiap wakil kumpulan diminta membentangkan hasil pemerhatian mereka.
2.     Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan daripada hasil pembentangan setiap kumpulan.
3.     Guru membimbing murid membincangkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas pada eksperimen ini.
4.     Guru mengingati murid mencatatkan jawapan pembolehubah yang dibincangkan dalam buku amali mereka.

Penutup:
1.      Guru meminta murid-murid mengemaskan meja eksperimen masing-masing.
2.      Guru mengingatkan murid-murid membersihkan alatan eksperimen yang digunakan dalam keadaan yang cermat.  

 



Refleksi
Kekuatan:
·   Murid-murid telah memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan sama ada dari segi penyediaan bahan dan semasa menjalankan eksperimen. Kawalan disiplin memuaskan.
·   Pembelajaran inkuiri dijalankan dengan lancar dan murid diberi peluang untuk mengudarakan idea sendiri dalam langkah-langkah mereka langkah-langkah ekperimen, pembentangan hasil pemerhatian dan perbincangan jawapan dalam kumpulan. Ini dapat membantu mereka dalam aspek perkembangan afektif dan aspek sosial. Guru hanya memainkan peranan pembimbing sahaja dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
·   Murid-murid kelihatan berseronok dengan eksperimen yang dijalankan. Air warna yang disediakan membantu murid memerhatikan kadar penyerapan air dengan mudah.

Kelemahan:
  • Semasa aktiviti eksperimen dijalankan, secara tidak sedar murid-murid bercakap dengan suara yang kuat. Ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas yang lain.
  • Pengurusan masa harus diambil perhatian kerana murid-murid tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemaskan alatan eksperimen yang digunakan.

Penambahbaikan:
  • Guru seharusnya mengingatkan murid memperlahankan suara mereka sebelum eksperimen dijalankan. Pertandingan akan diadakan untuk memastikan murid menjalankan eksperimen dalam keadaan yang berdisiplin supaya tidak mengganggu kelas yang lain.
  • Guru seharusnya melatih murid untuk bekerjasama membersihkan alatan eksperimen dan meja eksperimen dengan efektif pada masa akan datang.












No comments:

Post a Comment