Magnet

Kelas : Tahun 3M
Mata Pelajaran : Sains
Tarikh : 21/3/2011
Bilangan Murid : 31 orang
Masa : 1200-1300
Theme (Tema) : Investigating The Non-Living Things
Learning Area (Tajuk): 1.0 Magnet
Learning Objectives (Objektif) :
1.1 That magnet can attract or repel each other.
1.2 To handle magnets properly.

Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran): Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat:
Hasil Pembelajaran:
1.1.1 Demonstrate that magnets can attract or repel each other.
1.1.2 State the magnets can attract or repel each other.
1.2.1 Demonstrate the proper way to handle magnets.

Alat Bantu Mengajar: Set magnet

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui ciri-ciri magnet iaitu 6 rupa bentuk magnet dan magnet akan saling menarik apabila diletakkan di dua kutub yang berlainan.
         Set Induksi: 

  1. Murid diminta menyenaraikan rupa bentuk magnet yang diajar pada minggu lepas.



Bar Magnet
U-shape Magnet

circular magnet

Cylindrical Magnet

ring magnet
Horseshoe Magnet
Langkah 1:
  1.  Setiap kumpulan diminta membincangkan cara-cara untuk memegang dan menjaga magnet dengan baik berdasarkan buku teks.

  • memegang dengan kuat supaya tidak menjatuhkan magnet.
  • tidak mengetuk magnet
  • tidak membakar magnet
     2.  Murid mengudarakan perbincangan mereka dan mendemokrasikan cara untuk memegang magnet dengan baik.

Langkah 2:
  1. Setiap murid dibekalkan satu set magnet kecil.
  2. Murid diminta mencari kutub utara dan kutub selatan pada set magnet tersebut
  3. Murid diminta menyatakan warna yang mewakili kutub N (putih) dan warna yang mewakili kutub S (merah).
  4. Murid diberi masa untuk memerhatikan apa yang akan berlaku apabila dua kutub magnet yang berlainan diletak bersama dan sebaliknya.
Langkah 3:
  1. Guru membimbing murid untuk membentangkan pemerhatian mereka.
  2. Murid diminta melukiskan pemerhatian mereka di dalam buku catatan PEKA.
  • Apabila dua kutub magnet yang berlainan saling mendekati, magnet akan menarik satu antara lain.
  • Apabila dua kutub yang sama diletak bersama, magnet akan saling menolak. 
Penutup:
  1. Guru mengajar murid isyarat permainan iaitu membuka depa tangan yang mewakili magnet akan saling menolak, mencantumkan dua gengaman tangan mewakili magnet akan saling menarik. 
  2. Guru akan menyebut dua nama kutub iaitu S(Selatan) N(Udara), dan tangan murid adalah magnet. Apabila guru menyebut kutub S dan Kutub N, maka murid dikehendaki mencantumkan dua gengaman mereka sebagai jawapan mereka dan sebaliknya.
  3. Guru memulakan permainan dengan perlahan-lahan kemudian mempercepatkannya. Murid yang tidak dapat memberi isyarat tangan yang betul akan dikehendaki membantu guru untuk menjadi pengadil dengan mencari murid yang memberi isyarat tangan yang salah.










Reflksi
Kekuatan : 

Set magnet yang dibekalkan cukup dan sesuai digunakan. Murid-murid dapat menunjukkan cara memegang magnet dengan betul tanpa ingatan daripada guru. Murid-murid berasa seronok dan berminat hati apabila diberi peluang untuk menggunakan set magnet untuk membuat eksperimen. Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan mudah kerana murid-murid sudah biasa dengan ciri-ciri magnet.

Kelemahan: 
  • Masa langkah 2 (menjalankan eksperimen) yang diberikan agak panjang, murid-murid mula menggunakan magnet yang dibekalkan dengan membuat percubaan yang lain seperti mendekati magnet dengan kotak pensil besi. 
  • Catatan pemerhatian murid tidak dapat dipaparkan dengan jelas kerana mereka merekodkan catatan pemerhatian dalam buku amali yang kecil dan susah dilihat dari jauh.
  • Murid tahun 3 ini belum mengusai teknik perbentangan hasil pemerhatian mereka. Mereka terasa cemas dan takut untuk berhadapan dengan kawan-kawan apabila dipanggil. 

Penambaikan:
  • Guru seharusnya menghadkan masa eksperimen langkah 2 dan terus memberi arahan untuk membuat catatan pemerhatian (langkah 3) kepada murid sebelum menjalankan langkah 2. Ini akan lebih menjimat masa.  
  • Guru seharusnya membekalkan papan hitam kecil dan meminta murid merekodkan hasil pemerhatian mereka di atas papan kecil. Papan kecil ini akan mempaparkan idea murid dengan jelas dan mudah dilihat dari jauh.
  • Teknik pembentangan hasil pemerhatian murid seharusnya ditambahbaikan pada masa akan datang. Murid akan diberi galakkan dan bimbingan semasa pembentangan dijalankan.   



1 comment:

  1. askum encik...boleh saya tau di mana saya boleh membeli magnet bar ini..saya seorang cikgu sains baru di perak untuk makluman encik..

    harap encik boleh membantu saya..
    terima kasih

    ReplyDelete